About Me (•‿• ❀)

My photo
Saye adelah seorang perempuan , seorang anak, sorang hamba Allah, seorang pengikut setia Agama Islam.. saye seorang yang suke gile dengan everything yg related ngn polka dot,, pink n everything is cool n cute! n suke pada photography! ❤

Nak Follow = Follow, Xnak = Sudah, I xMati Tanpa U Okay? But Tanpa Allah I Mati ✌

Likes Or Unlikes Depends On You, Yes You!! ✌

Wednesday, March 21, 2012

kalo itu dah rezeki saya.. :)

assalamualaikum dan selamat pagi
saya ade berita baik tau!!
owh tidak saya belum mengandung lagi lah
saya pon tgh tgg gak!
tapi..
cuma saya dapat offer semalam
offer apa tuh kita tunggu je lah,, belom bole ditulis disini :)
kalo ade, insyaAllah mmg rezeki saya, suami dan family
kalo x,maknanya bukan rezeki saya
tidak sia-sia saya bersengkang mata sejak kebelakangan ni,,
mintak2 Allah mengizinkannya..
insyaAllah..
mood : happy n proud of myself.. alhamdulillah


Thursday, March 15, 2012

ujian pap smear saye!

last week besamaan kamis 8/3 sy ade buat ujian pap smear
takot jgk lah!
bedebar2 jantung saya..result nye this week!
so jom kit belajar serba sedikit bout pap smear!
lai lai lai!!!


anda smue tau xape tu pap smear??!
Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.  Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel  kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh. 

bila patot kite wat??!!
Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala. 

sebelum wat pap smear u olz xboleh??!!
Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :
1.Melakukan seks,
2.
Menyembur kawasan vagina,
3.
Menggunakan tampon, dan
4.Menggunakan krim vagina.

ape yg dilakukan semasa pap smear??!!
1.
Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2.
Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3.
Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4.
Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.
haa camni
sejok je memula masok tau..pastu dia amik sampel tisu kita sikit,,haaa tu yg 
rase sakit ala2 kene gigit semut api ..huhu

ha cmni
time amik tisu tu perit skit jea..hehe..korg jgn takot laaa! xde pape..ade bleeding skit je.,. 
make sure bawak panty liner lps tu leh pakai..

another kelebihan pap smear??!!
Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan. 

dah buat nak tahu result tu bila??!!
Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.
Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:
1.
Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
2.
Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus  menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V. Sila rujuk jadual di bawah.

org yg risiko nye tinggi tok dapat kanser serviks tu sape ek??!!
Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks.  Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok.

kat mane tu nak buat pap smear??!!
Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear. 

ari senin aritu 12/3 besamaan senin sy g klinik..wah berdebar bangat ni..mudahan2 Allah menjauhkan sy dari segla penyakit yg merbahaya.. 

Alhamdulillah result pap smear sy class 1 ,, n tiada apa2 yg abnormal,,syukur ke hadrat Ilahi.. so lepas ni sy nak amik suntikan hpv pulak.. ngn kak jaz.. yay! doctor nasihatkan saya supaya buat pemeriksaan pap smear ini setahun sekali..doc ade ckp lg..if yg ade masalah,, pap smear akan dijalan kan 3 bulan sekali or 6 bulan sekali..
so sesape yg dah kawen n belom penah buat n xde anak cm haku ni g la buat.. even yg dah ade tp belom buat better la pg..ala xmahal pon murah je..mencegah itu kan lebih baek! anyway semoga kita dijauhkan dr penyakit berbahaya ini..yg baru2 kawen tu xyah la buat lg..yg dah setaon tuh okay.. hehe